My Wira



Wira... Kau memang sangat berjasa kepada kami sekeluarga. Terima kasih wira. ;-). Banyak kenangan manis kita bersama. Kau bawa kami kemana sahaja yang kami ingin tuju. Kau sangat patuh... Kau sangat gagah. ;-)

Aku sangat sedih untuk meninggalkan kau kepada tuan yang baru. Semoga tuan tersebut akan menjaga dan melayan kau dengan baik.

Semoga kita akan berjumpa lagi.. ;-)

posted from Bloggeroid

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hodoh apabila marah

Pagi ni aku sangat marah dengan proses kerja ditempat kerja aku skrg.. Huhu..

Tetiba suara ku kuat... Melenting marahhh... Hodohnya diriku apabila marah.. o_O!

Hahhaha... Apa-apa pun harap aku boleh fokus dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bersikap profesional ditempat kerja ini.

Semoga boleh tahan & fokus dalam 3 tahun lagi.. o_O!

posted from Bloggeroid

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ke Klinik kesihatan

Assalam..

Sekarang di klinik kesihatan presint 9 putrajaya. Sampai tadi dalam pukul 8.40am dan waktu sekarang pukul 10.30am masih lagi menunggu dan terus menunggu. Ya... Ramai orang. Kalau tak nak menunggu pergilah hospital swasta ye.. Huhu..

Tak kisahlah menunggu lama sedikit asalkan perkhidmatannya memuaskan. :-D Datang sini untuk dapatkan second opinion. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.





* ini gambarkami sedang menunggu. Muka masih ceria. Terima kasih en suamiku. Temankan aku disini. :-D

posted from Bloggeroid

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan di Cyberjaya

Assalamualaikum dan salam bahagia semua...

Pagi tadi dikejutkan dengan berita yang agak menyeramkan. Ada suatu kemalangan ngeri berlaku di Persiaran Sepang. Please do refer map attached below.

Dipendekkan cerita, kemalangan melibatkan kereta mercedes, motorsikal dan lori. Pemandu kereta dan motorsikal mati ditempat kejadian. errr seram... Kereta hancur, motorsikal masuk ke bawah lori... errr... Tak boleh nak bayangkan lah... Walaupun aku dengar cerita ini melalui rakan seopis aku, tapi aku dapat rasakan betapa ngerinya kemalangan tersebut. Nyaris saja nak muntah tadi bila terbayang keadaan mayat tu.

Kepada mereka yang tak berapa familiar dengan jalan di cyber ni, aku nasihatkan anda untuk extra careful dan sentiasa alert. Sepanjang 2 tahun bekerja di cyber ni, aku perasan yang ramai driver disini suka bawak laju2. Mungkinlah mereka rasa yang jalan di cyber ni tak berapa banyak kenderaan. So, sesuka hati depa dan macam jalan raya ni mak bapak mereka yang punya...

Oh ya.. aku perasan yang cyber ni banyak foreigner. Students dan workers dari pelbagai negara. Arab ada, afrika ada, mat salleh, minah salleh, mat indon, minah indon, bangla, nepal dan ramai lagi... Bila dah pelbagai ragam manusia ni, multi culture, maka PELBAGAI cara pemanduan lah jawabnya di cyber ni...

Harapan aku supaya pihak berwajib memandang serius perkara ini dan kita semua berhemah di jalan raya untuk kesejahteraan bersama. :)



View Larger Map

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awal

Assalamualaikum dan salam bahagia semua....

Hari ini datang opis paling awal dlm sejarah. Pukul 6.48am dah sampai opis. Pakcik security kat sini semua terkejut. o_O!

Hmmm... Semenjak suamiku ditransfer dari Subang ke Port Dickson awal tahun ini, kami dah ubah plan. Suami akan hantar aku seawal yang mungkin ke opis di cyberjaya dan kemudian barulah dia gerak ke PD. Kasihan dia.. Jauh travel hari2. Semoga perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja berjalan dgn selamat dan terhindar dari malapetaka... Amin..

Tadi bila sampai opis, pakcik security tegur aku. Tanya kenapa aku datang awal sangat.. Huhu Aku pun jawablah sebab suami baru dipindahkan ke PD so dia perlu hantar aku seawal yg mungkin.... Pakcik tu terkejut yang suami aku ulang alik dari Cyberjaya - Port Dickson.....

Mudah-mudahan ada hikmah disebalik perpindahan ini...



*ini gambar petang semalam..

posted from Bloggeroid

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aquaria with my anak sedara...

Pada 22/01/2012 berpeluang berjalan-jalan bersama emak, kakak, adik dan anak-anak mereka ke Aquaria KLCC. Seronok jugak walaupun aku dah banyak kali masuk Aquaria. Ohh cuma kali ini harga tiket dia dah naik sedikit berbanding 2-3 tahun yang lepas.

Boleh semak laman web mereka di http://www.aquariaklcc.com/





Mula-mula..Danish dan huda sangat excited tengok ikan kecil-kecil



Bila dah turun ke level bawah, sepanjang masa huda tutup mata. Takut dengan ikan besar... ish ishh .. kasihan..

Danish excited sampai round tunnel tu 2 kali.. hihi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lavender

My Favorite flower.... is Lavender :D Harap boleh tanam dan tumbuh subur seperti bunga di bawah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS